[Cerpen]Aku..kucing itu

[Cerpen] * this cerpen originally from me

Aku melihat manusia bersimpang siur di hadapanku.Masing-masing kelihatan sangat sibuk.Angin bertiub agak kencang,langit juga kelihatan gelap.Mungkin awan mahu memuntahkan air-air hujan ke dasar bumi ini. Aku berundur ke belakang,menyembunyikan diri di celah-celah lalang yang tumbuh agak tinggi di tepi jalan itu.Tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berenti di hadapanku. “Comelnya kucing nie”.Aku terkejut apabila tubuh aku di angkat secara tiba-tiba.Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. “diam ye miow,saya tak buat apa-apa,cuma mahu bawa kamu pulang”.Aku memberhentikan usaha aku untuk melepaskan diri,membiarkan dia meletakkan aku di dalam keretanya.Dia kemudiannya memasukkan kunci dan memutarkannya.Terdengar enjin kereta mengaum dan sejurus kemudia kereta itu pun bergerak perlahan-lahan. Agak kepeningan aku dibuatnya kerana tidak begitu biasa berada di dalam kenderaan yang bergerak. Pemuda itu kemudiannya memperlahankan keretanya. Dari kejauhan dapat ku lihat sebuah rumah yang agak sederhana.Persekitaran rumah tersebuut agak bersih dan kemas. Pemuda itu membawa aku masuk dan meletakkan aku di dapur. Aku kemudiannya dibersihkan dan diberi makanan.Aku hanya diam. Agak terkejut dengan suasana baru. “Ezal,ko pergi mana tadi?” Aku menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki agak berumur.Dia terbatuk-batuk sambil memandang kepada pemuda yang mengutip aku tadi. Matanya kemudiannya terarah kepada aku. “Mane ko kutip kucing nie ezal?”. Dia memandang kepada pemuda itu. Ezal rupanya nama pemuda yang mengutip aku itu. Ezal memandang ke arah aku lantas tersenyum. “Kucing nie ezal nampak merayau-rayau dekat tepi jalan tadi. Kecik lagi.Ezal kesian jadi ezal bawa balik la”.Ezal menarik nafas dan kemudian bersuara kembali “Lagi pun comel kucing nie pak” Aku memandang lelaki yang berumur itu. Ayah kepada ezal rupanya. Mukanya agak serius. Dia cuma mengangguk dan segera berlalu dari situ. Ezal memandang aku. Dia membelai-belai tubuhku. Aku hanya membiarkannya. “Mulai hari ini Ezal namakan kamu comey ye. Comey akan duduk sini dengan ezal mulai hari ini”.Aku cuma memandang sahaja tuanku itu.

Bermulalah hari aku sebagai seekor kucing di rumah ini.Ezal merupakan seorang tuan yang penyayang sampailah pada suatu hari dia telah menyepak aku dengan sengaja kerana emosi dia tidak berapa baik pada hari itu. Aku terus berlari dan bersembunyi di dalam bilik stor. Badan aku sakit,hati juga pedih.Sampai hati dia memperlakukan aku sebegitu rupa.Apalah salah aku.Adakah selama ini aku pernah melakukan kesalahan di dalam rumah ini?…hatiku tertanya-tanya. “Comey..comey,mari sini..”Aku terdengar Ezal memanggil-manggil nama aku.Aku begitu takut untuk pergi ke arahnya. “Comey datang cepat kalau tidak Ezal tak bagi makan malam nie” Dengan berhati-hati aku keluar dari tempat persembunyian aku. Aku nampak Ezal memerhatikan aku dengan tajam. Aku menyusun langkah perlahan-lahan ke arahnya. “Comey nie makin hari makin degil.Panggil tak menyaut.Sepak baru tahu!”Aku cuma menelan air liur apabila mendengar Ezal berkata begitu kepadaku. Ezal mencampakkan seekor ikan kepada aku. “Makan tu,malam nie xde orang kat umah.Ezal nak kuar”.Aku cuma mendiamkan diri.Aku mengunyah ikan mentah itu perlahan-lahan.Badanku masih sakit-sakit selepas disepak tadi. Selepas habis meratah ikan,aku membawa diri ke halaman rumah.Aku memanjat sebatang pokok di tepi pagar rumah dan merehatkan diri di situ. Aku memerhatikan persekitaran kawasan perumahan itu. Aku ternampak seorang lelaki. Bersih sahaja muka dia. Dia sedang membuang sampah ke dalam tong yang disediakan oleh pihak perbandaran di tepi jalan. Tiba-tiba seperti dia sedar dia sedang diperhatikan,dia menoleh ke arah aku. Dia tersenyum memandang aku dan melambai-lambai tangan memanggil aku ke arahnya. Aku menguap perlahan,menggerak-gerakkan tubuh aku. masih terasa kesegalan akibat sepakan tadi. Tiba-tiba aku terasa pokok tempat aku berehat digoncangkan. Aku memandang ke bawah.Aku lihat Ezal memandang tajam ke arah aku. Di tepi Ezal kelihatan kawan-kawannya. Mereka juga memandang ke arah aku. “Turun sini!” Aku segera melompat turun. Aku tidak paham kenapa aku diganggu. Selama ini aku tidak pernah diganggu ketika berehat. “Ko kencing moto kawan aku ye.Amik nie!” secara tiba-tiba Ezal melibat sebatang penyapu ke arah aku. Terpelanting aku jauh dari mereka. Aku terdengar kawan-kawan Ezal ketawa. Andailah aku manusia ingin sekali aku mengatakan kucing betina tidak boleh memancut. Tapi Ezal tidak pernah fikir itu semua. Ingin sekali aku menangis tapi aku bukan manusia yang boleh mengalirkan air mata untuk melahirkan perasan mereka. Aku cuma seekor kucing yang bagi mereka tidak mengerti apa-apa. Aku membawa diri perlahan-lahan ke belakang rumah. Dengan kekuatan yang tinggal aku melangkah keluar dari kawasan rumah Ezal. Ingin sekali aku meniggalkan rumah ini tapi aku takut untuk hidup di dunia luar yang lebih kejam dari yang aku alami sekarang ini. Kais pagi makan pagi.

Aku melangkah perlahan-lahan,melintas jalan untuk ke seberang. Aku kemudiannya melabuhkan diri di tepi sebatang pokok berhadapan dengan rumah Ezal.Dari jauh aku lihat Ezal bergelak ketawa dengann kawan-kawannya dan dia kemudiannya menghilangkan diri di dalam sebuah kereta merah milik salah seorang kawannya. Kereta merah itu bergerak berlahan-lahan meninggalkan kawasan persekitaran rumah Ezal. Aku menarik nafas lega. Aku menjilat-jilat tubuhku yang luka. Tiba-tiba badanku disentuh oleh seseorang dari belakang. Aku terkejut dan segera ingin melarikan diri tapi tidak dapat kerana sepatang tangan dengan cekap menangkap aku. Aku memandang milik sapakah tangan itu.Oh..lelaki yang aku lihat tadi. Dia memandang tubuh aku dengan risau. Dia membawa aku ke rumahnya. Rumahnya lebih kurang sama dengan rumah Ezal. Dia membersihkan lukaku dan membubuh ubat di lukaku. Kemudian dia menuangkan susu untuk aku minum. Aku memandang lelaki itu.Terasa ragu-ragu. Dia hanya tersenyum. Aku memandangkan mukanya yang bersih itu. Terasa tenang hati ini. Aku menjilat perlahan-lahan susu yang dihidangkan. Terasa nyaman dan menyegarkan. Dia kemudiannya membelai tubuhku. Tanpa aku sedar aku tertidur. Pabila aku membuka mata aku lihat lelaki tadi sudah tiada. Aku bangun dan bergerak perlahan-lahan. Aku membuka langkah untuk kembali ke rumah Ezal. Sampai sahaja aku ke rumah Ezal aku dihadiahkan dengan satu sepakan. Apakah tuduhan yang dia mahu lemparkan kepada aku pada saat ini. Hatiku meruntuh pilu. “Ko pergi mana tadi.Aku panggil ko tak menyahut!” Ezal mengahadiahkan satu lagi sepakan ke arah aku. Aku terus rebah. Tidak berdaya lagi untuk bangun. Aku memandang ke arah Ezal. Meminta simpati sebagai makhluk tuhan yang lemah. Ezal memandang aku dengan perasaan geram. “Aku tau ko pergi rumah depan tu kan. Napa ko suka pergi sana ha! Aku nie tuan ko. Buat penat aku bela ko, amik ko dari tepi jalan. Dah senang pergi rumah orang lain pula ye. Nyah ko dari sini!” Ezal meninggalkan aku. Terasa pilu aku dihalau sebegitu rupa. Apakah salah aku. Aku cuma bertandang ke rumah orang lain. Adakah itu kesalahan yang besar. Bukannya aku ingin meninggalkan Ezal untuk selama-lamanya. Bukan juga aku ingin melupakan jasa dia mengutip aku di tepi jalan dulu. Tanpa dia mungkin aku sudah mati kelaparan di tepi jalan dulu. Aku menggerakkan tubuhku perlahan-lahan. Tidak tahu ke mana arah inginku tuju. Aku memandang rumah lelaki tadi. Perlukan aku ke sana semula. Manalah tahu dia mahu mengambil aku sebagai belaannya. Aku mendiamkan diri di depan rumah Ezal. Fikiranku buntu. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Tiba-tiba pintu rumah lelaki itu terbuka. Dia memandang tepat ke arah aku. Aku cuma mendiamkan diri. Tidak bergerak. Dia masih memandang tajam ke arah aku. Setelah begitu lama memandang aku, dia mengorak langkah ke arahku.Aku memerhatikan sahaja langkahnya ke arahku. Badanku teramat berat untuk digerakkan.Sakit…sangat sakit. Lelaki itu berhenti di hadapanku. Mengangkat tubuhku dan membawa aku pulang ke rumahnya. Lukaku dirawat semula. Aku tertidur ketika dia masih cuba mengubati luka-luka di badanku.

Ketika aku sedar, aku telah diletakkan di atas sebuah bantal. Di tepi aku diletakkan sedulang makanan dan sepiring susu segar. Aku bangun perlahan-lahan. Aku lihat luka-lukaku telah bersih dan disapu ubat. Aku mengunyah perlahan-lahan makanan yang disediakan dan kemudian menjilat susu yang dihidangkan. Aku kemudian mencari lelaki itu. Aku menjumpai dia sedang merenung sebuah potret. Potret seekor kucing parsi yang cantik. Aku memerhatikan lelaki itu. Dia kelihatan merindui kucing yang terdapat dalam potret tersebut. Pasti kucing itu begitu penting bagi diri lelaki tersebut. Terdengar keluhan kecil dikeluarkan oleh lelaki itu. Dia kemudian menoleh.Tepat ke arahku. Aku hanya mendiamkan diri. Dia bergerak ke arahku. “U nie comeykan?,I ada dengar jiran I tu panggil u comey..” Aku tidak membalas. Hanya memandang sahaja dia. Dia tersenyum. “I xtahu la kalau u paham bahasa manusia atau tidak tapi kalau u paham,nama I is. Mulai hari nie u tinggal dekat sini ye. I xmahu tgk u tinggal di sana lagi” Dia menunjuk ke arah rumah Ezal. Aku masih diam. Dia kemudian meninggalkan aku sendirian. Aku berjalan-jalan disekitar rumah Is. Rumah Is lebih kemas dari rumah Ezal dan aku rasa Is tinggal seorang diri. Aku bergerak ke hadapan rumah. Dari jauh aku nampak rumah Ezal. Rumah itu kelihatan sunyi. Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan rumah Ezal. Dari kereta itu keluar seorang lelaki, ayah Ezal. Dia membawa sebuah sangkar yang di dalamnya terdapat seekor kucing yang cantik. Rupanya Ezal telah mendapat pengganti aku di rumah itu. Aku mengundurkan diri dari melihat suasana itu. Tidak mahu lagi aku mengenangkan perihal bekas tuanku itu. Aku mendekati Is yang sedang tekun membaca surat khabar di halaman rumah. Apabila dia perasan aku telah mendekatinya,dia mengangkat aku dan meletakkan aku diribaannya.Mengusap-usap buluku seraya berkata. ” Nanti Is nak bawa comey pergi medical check up. Nanti boleh doktor bubuh ubat dekat luka comey ye. Is akan jaga comey baik-baik” is tersenyum memandangku. Aku meletakkan kepalaku di ribanya. Dunia terasa indah,terasa sempurna. Hari demi hari, Is tetap melayan aku dengan baik. Makanan aku sentiasa dijaga. Aku dimandikan dan setiap sebulan sekali aku dibawa  ke klinik untuk pemeriksaan.

SUatu hari aku keluar dari kawasan rumah Is. Saja makan angin. Aku sudah lama tidak keluar dari rumah. Entah bagaimana aku diserang dari belakang. Aku terkejut tapi aku kenal penyerang itu. Kucing baru dari rumah Ezal. Aku cuba melawan. Sambil itu aku menjerit ke arah kucing tersebut “Kenapa ko serang aku,aku x pernah kenal ko.Kte tak pernah berkenalan pun”. Kucing itu memandang sinis ke arahku “ko kucing yang jahat. Ko buat Ezal,tuan rumahku malu. Ko memang tak tahu mengenang budi. Jadi terimalah padahnya” Dia menyerangku semula. Aku cuba melawan tapi apakah dayaku. Badanku lebih kecil dari badannya. Entah dari mana datang Is membawa penyapu menghalau kucing tersebut. Lintang pukang kucing itu lari meninggalkan aku. Is mengangkatku yang berlumuran darah dan terus dibawa ke keretanya. Dia meletakkan aku diribanya dan terus memandu ke klinik haiwan yang selalu dibawanya untuk pemeriksaan kesihatan. Aku disuntik dengan sejenis cecair dan selepas itu aku tidak sedar dengan apa yang berlaku. Apabila aku sedar, aku lihat aku telah berada di rumah Is. Is berada disisiku,menunggu aku sedar.Kesian aku melihat dia. Setelah dia sedar bahawa aku telah terjaga, dia menghidangkan susu kepadaku,mengusapku perlahan-lahan. APabila susuku telah habis. DIa membawaku ke bilik tidurnya dan diletakku di sebelahnya. Dia kemudiannnya baring dan terus tertidur. Aku berasa kasihan melihatnya.Mungkin dia berjaga sepanjang malam untuk melihat aku sedar. Sukar aku melihat seoarang manusia yang begitu mengasihi haiwan belaan mereka. Aku memerhatikan Is tidur. Dia kelihatan begitu tenang. Seketika aku berasa begtu bertuah berada di sisinya. Tetapi adakalanya aku berasa aku tidak layak berada di sisinya. Potret yang sentiasa dia lihat adalah bekas kucing kesayangannya yang telah menghilangkan diri. Bila aku bandingkan kucing itu dengan diriku,aku terasa begitu kerdil. Aku cuma seekor kucing biasa,kucing kampung yang dijumpai di tepi jalan sedangkan bekas kucing kesayangannya adalah seekor kucing parsi yang mahal harganya. Berada disuatu dunia yang kelihatan begitu sempurna,terasa seperti mimpi menjadi nyata tetapi terasa juga diri ini begitu kerdil untuk menerima anugerah yang begitu bernilai ini. Kadang-kadang aku rasa mahu meninggalkan Is,semoga dia mendapat kucing yang lebih baik dari aku tapi aku tidak mahu lihat dia sedih. Dia terlalu baik,aku tidak mahu dia dilukai.Aku merebahkan diri perlahan-lahan di sisinya.Ingin ku lupakan segala perkara-perkara,persoalan-persoalan yang mengganggu fikiran. Biarlah masa bergerak  dan takdir menentukan apa yang akan berlaku nanti….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.