Yea!!!..aku nak konvo dah
09 May 2010 Leave a Comment
Akhirnya, process utk aku konvo telah bermula.Bestnya…xsabar nak pegang ijazah
Pape pun aku lampirkan di sini suratnya
Sila klik benda kat bawah nie
Atau pun korang boleh melawat http://eftmk.utem.edu.my
Marah.Benci.Sayang
06 May 2010 Leave a Comment
in My Life, Uncategorized
Dah hampir sebulan nie mood aku memang tak baik langsung.Aku rasa nak marah je..nak merajuk jek.Cepat makan hati.Sometimes…terasa macam nak pukul-pukul je org bg puas hati aku nie
![]()
Tapi,aku xmo la mcm tu…
Orang yg selalu jadi mangsa semestinya pakwe aku la.Hari2 aku marah dia,xlayan dia,merajuk ngan dia.Tapi dia tetap sabar je layan kerenah aku sampai la minggu nie..
Dia ckp dia dah menyampah..bosan tgk perangai aku macam nie.Dia ckp lagi…ingt aku dulu lemah lembut..
Ye baik..
![]()
Aku minta maaflah..aku sedar apa yang aku buat.Mungkin aku tak seperti perempuan yang lain…lemah lembut dan penyayang
![]()
Tempat lepak favorite aku..”jiwang.org” pun menjadi mangsa kemarahan aku.Aku pun xtau nape tetiba aku leh naik angin dan terkilan..terus aku sound moderator kat situ.Aisehhhh…teruk tul la aku nie..
Nasib mod tu xmarah..bagus juga.Tapi biar la aku menyepi dahulu…
Aku tgh tak ada mood langsung..
![]()
Bila difikir balik…susah btul jadi org dewasa nie.Banyak benda kena settlekan sendiri.Kena berdikari…
Aku pun pening…ngan keje..ngan hidup..xtau la
Bos nak stationkan aku kat bandar sunway,company aku buka new branch kat situ.Tapi aku dah sewa umah kat damansara..kat emerald condo.Dah burn duit aku..
Nie nak duk sunway plak.Nak cari umah sewa lagi.haiz..
![]()
Lesen keta aku plak xjln2..bila nak siap ntah.Dah sebulan tertunggak.Aku call agen,dia ckp tgh aturkan jadual praktikal keta aku,ujian jpj bln july.Tapi smpai sekarang xde berita pun.July aku kena pindah sunway.Pening mcm nie….rasa nak marah pun ada tapi dia isteri bekas guru silat aku.Tak baiklah..
![]()
Aku pun xtau la..apa nak jadi.Aku mmg xde mood nak wat pape.Very sensitif nowadays..Sorry la kepada sesapa yg pernah kena marah ngan aku ye.Aku minta maaf..Bnyk probs dlm otak aku nie..cheers frenz
![]()
Delete blog
03 Apr 2010 Leave a Comment
Hari nie aku dah delete blog aku yg kat blogspot tu.Susah la nak maintain sbb susah nak tulis post bebanyak
Pape pun aku still sayang blog aku yg satu nie
New blog
16 Mar 2010 Leave a Comment
Salam..
Aku dah buat satu blog baru untuk artikel sahaja sebab aku malas nak serius2 tulis artikel dekat dalam blog ini.Jadi,kawan-kawan yang suka baca artikel dalam blog ini boleh meneruskan pembacaan dekat blog baru nie ye.Mulai hari ini tiada artikel terbaru akan dipaparkan di blog ini.Semuanya di blog lagi satu
Maaf atas kesulitan yang dihadapi
Here my new blog : http://dzila87.blogspot.com/
[Tips] Adding ym status and yahoo emoticons in wordpress
21 Oct 2009 Leave a Comment
in Uncategorized Tags: yahoo
Nie adalah tricks yang aku jumpa untuk memeriahkan lagi blog aku nih.Jadi mari kita teruskan ke pelajaran pertama ![]()
Menambah status ym di dalam wordpress
1.Pergi kat “Dashboard”
2.gie kat “apperance” > “widgets”
3.kat sebelah kira akan ada availabe widgets kan..so,korang cari “text” lepas tu drag dekat sidebar
4.then,korang copy and paste coding ini
<a href=”http://edit.yahoo.com/config/send_webmesg?.target=Yahoousername&.src=pg”><img border=”0? src=”http://opi.yahoo.com/online?u=yahoousername&m=g&t=8&l=us”></a>
untuk pengetahuan korang,ada beberapa icon ym yg boleh digunakan.korang boleh cuba sendiri dengan menukar
t=0,t=2 sampai t=9
cubalah…tapi yang paling penting sekali mesti tukar yahoousername dalam coding tu kepada username yahoo korang,ok?
Yahoo emoticons
Yang nie bab paing senang sekali.korang pergi dekat laman web yahoo emoticons,simbol yang ada korang drag je masuk…jadi je
Klu tak jadi korang kena tgk setting wordpress korang balik.mesti enable emoticons..itu je la.Enjoy ^^
Stress
21 Oct 2009 Leave a Comment
Pagi tadi macam biasa aku pergi kerja naik bas wira….jumpa kondaktor yang baik tu.Aku tak tahu la nama dia tapi india la. Tapi aku terkejut bila pemandu bas tu bertengkar dengan konduktor bas tu sebab sebelum nie diaorang tersangatlah baik. Aku pun pelik juga…tak tahu apa yang pemandu tu mara sangat dengan konduktor tu sebab sebelum nie aku ada dengar konduktor tu puji pemandu tu dekat pemandu lain. Entah la…aku rasa dia stress sangat kot. Semua kerja stress…xde kerja yang tak stress ke?…ahahahahha :p .Ok lah…mari kita kaji penyebab stress nie.
Menurut HELPGUIDE.org , stress merupakan tindak balas tubuh apabila seseorang itu mengalami kesedihan atau paksaan daripada pelbagai sumber.Terdapat beberapa tanda seseorang mengalami stress.Aku listkan kat bawah :
| Tanda dan simptons | |
| Simptons kognitif | Simptons emosi |
|
|
| Simptons fizikal | Simptons kelakuan |
|
|
Jadi sesiapa yang ada tanda-tanda di atas cepat-cepatlah hilangkan stress atau kurangkan stress tu.Gudluck to all
Kuiz Ramalan Nasib di Facebook
15 Oct 2009 Leave a Comment
Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.
Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.
Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:
ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.
KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH
Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan tukang nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).
HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.
Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.
Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.
SEKADAR MAIN-MAIN
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?
Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).
Sumber:
http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/
*i’m not the author of this post,took it from email.credit for the unknown author. aku postkan benda ini untuk membuatkan korang berpikir…either merasakan apa yang author itu cakap betul atau x…fikir2kanlah ^^
Memory probs
15 Sep 2009 Leave a Comment
Hari nie aku nak cerita pasal hal yg berlaku kat office aku.
Citer dia macam nie.Jap2..intro dulu ar.Keje kat office aku nie senang
je.Amik case daripada help desk when help desk tu xdapat nak
selesaikan. So..let begin with our story. Satu case telah di
assignkan kepada seorang engineer dekat office aku la.
Dan case dia adalah…sbb user tu SAVE file tapi xtau kat mane
dia SAVE….LOL!!.Pastu help desk pun XTAU nak selesaikan ke?
Pe barang ar…membuang masa dan tenaga kami je.Ingat serius sangat
le case dia. Memory lost betul…

Perjalan terakhir
11 Sep 2009 Leave a Comment
Assalamualaikum… ..
buat semua penumpang samada yang sudah bersedia ataupun tidak…
MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
· Tempat berlepas : Kehidupan dunia
· Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
· Destinasi : Akhirat
· Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
· Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
· Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan BR> – Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat
PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak
mahu sebarang kesusahan.
DIULANG
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu
diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka
kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang
sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi
peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga
bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah
Al-Kahfi; Ertinya : ” Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan
Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula
mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu ”

