Philadelphia Experiment-true or not?

Philadelphia Experiment merupakan salah satu ekperimen rahsia yang telah dijalankan oleh pihak Navy USA yang sepatutnya dijalankan di Philadelphia Naval Shipyard,Philadelphia,Pennsylvania,USA.

USS Eldridge

Philadelphia Experiment adalah merupakan ekperimen mengenai tele-transportation dan time travel terhadap sebuah kapal perang milik pihak navy. Ekperimen ini berdasarkan teori Albert Einstein iaitu The Unified Field Theory.

The Unified Field Theory aims to describe mathematically and physically the interrelated nature of the forces that comprise electromagnetic radiation and gravity, although to date, no single theory has successfully expressed these relationships in viable mathematical or physical terms-wikipedia.

Dikatakan bahawa ekperimen ini telah berjaya menyebabkan kapal tersebut hilang tetapi kesan terhadap anak-anak kapal tersebut adalah sangat menyedihkan. Kebanyakkan anak kapal telah hilang tanpa dikesan,ada juga anggota badannya telah bercampur dengan badan kapal tersebut.Tidak kurang juga yang telah hilang kewarasan fikirannya.

Kisah Philadelphia Experimen bermula apabila seorang astronomi amatur dan bekas penyelidik peringkat pascasarjana,Morris K. Jessup telah menerima surat bertarikh 13 Januari 1955 oleh seseorang yang menggelarkan dirinya “Carlos Allende”. Di dalam surat itu dia memberitahu bahawa Einstein telah berjaya memecahkan The Unified Field Theory tetapi menekankan bahawa orang ramai belum bersedia untuk menerima kenyataan terbabit. Dia juga memberitahu telah diperakui oleh matematik dan ahli falsafah Bertrand Russell.

Allende juga mengatakan bahawa ia telah menyaksikan Eldridge(sebuah kapal) menghilang dan muncul kembali. Allende mengaku tahu nasib beberapa anak kapal dari Eldridge selepas percubaan, termasuklah menyaksikan seorang anak kapal menghilang dalam pergaduhan di bar. Meskipun Allende mengaku telah mengamati percubaan sementara di Furuseth Andrew, dia tidak memberi keterangan tuntutan yang lain berhubung percubaan dengan The Unified Field Theory, tidak ada bukti penjelasan Einstein tentang teori, dan tidak ada bukti pengakuan peribadi Einstein untuk Russell.

Jessup telah menjawab Allende dengan poskad, meminta bukti lebih lanjut dan bahan bukti. Allende menjawap beberapa bulan kemudian. Namun, kali ini penulis mengenalpasti dirinya sebagai “Carl M. Allen”. Allen mengatakan bahawa dia tidak boleh memberikan butiran yang Jessup bertanya, tapi ia menyatakan bahawa ia mungkin boleh mengingati beberapa melalui hipnosis. Mengesyaki bahawa Allende / Allen adalah penipuan, Jessup tidak melayannya lagi.

Begitulah bermulanya kisah Philadelphia Experime ini. Walaupun tidak dapat dipastikan kebenarannya tapi dapat juga membuatkan kita berfikir.Berdasarkan teori,kita juga mempu melihat ke masa silam.Contohnya,cahaya matahari memerlukan beberapa minit untuk sampai ke bumi.Katakan 8 minit(maaf lupa fakta sebenar),ia bermaksud kita melihat /menerima cahaya dari matahari pada 8 mint yang lepas. So,fikir-fikirkanlah

Rujukan:


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: